Ahad, 27 April 2014

mengapa kita perlu menderma darah

                          Karangan bertajuk Mengapa kita perlu menderma darah

  Menderma darah adalah suatu yang mulia yang sememangnya dituntut oleh semua agama.Ini disebabkan amalan ini bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa tetapi juga boleh digunakan untuk kepentingan yang lain.
  Namun begitu tidak ramai yang tahu bahawa dengan menderma darah walaupun hanya seunit darah,kita mampu menyelamatkan nyawa.Sebagai contoh mangsa-mangsa kemalangan yang kehilangan banyak darah.Nyawa mereka pada tahap kritikal sekiranya mereka tidak menerima bekalan darah yang secukupnya.
  Selain mangsa-mangsa yang kehilangan banyak darah,melalui pendermaan darah kita juga dapat membantu penghidap-penghidap yang menghidap yang menghidap penyakit yang berkaitan dengan darah seperti Anemia,Haemophilia,Leukemia,dan Thalasemia.Mereka yang menghidap penyakit ini sememangnya mengharapkan belas kasihan dan sumbangan ikhlas daripada penderma-penderma darah kerana hidup mereka umpama telur dihujung tanduk,jika mereka tidak memperoleh bekalan darah,nyawa mereka terancam.
  Ibu-ibu yang bersalin juga memerlukan darah terutamanya terutamanya mereka yang kehilangan banyak darah sewaktu proses kelahiran.Kadangkala kehilangan darah yang banyak boleh menjejaskan darah si ibu,jadi melalui bekalan darah yang disumbangkan oleh penderma-penderma budiman si ibu terselamat.
  Oleh itu,buanglah rasa takut untuk memulakan usaha murni ini.Disebabkan perkara yang baik pasti akan dihargai dan disenangi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan