Ahad, 27 April 2014

cara untuk membanteras kegiatan pengedaran vcd,dvd cetak rompak

Cara untuk membanteras kegiatan pengedaran CD,DVD,VCD

  Kegiatan pengedaran CD,VCD,DVD cetak rompak tidak pernah berakhir.Tanggapan demi tanggapan telah dilakukan namun kegiatan ini tetap berleluasa sehingga timbul persoalan bagaimanakah cara dan apa cara yang harus dilakukan bagi membanteras kegiatan ini.

  Kegiatan ini hanya dapat dihentikan apabila satu undang-undang yang lebih ketat digubal yang membolehkan pihak berkuasa mempunyai kuasa penuh untuk melindungi semua hak cipta,proses penghasilan sehingga keperingkat pemasaran.Jika ada undang-undang sebegini dilaksanakan pasti kegiatan ini dapat dibanteras.

  Menangkap,mendenda atau menghukum pengedar ataupun dalang disebalik kegiatan ini cukup untuk menghentikan kegiatan ini kerana masih ramai konco mereka yang masih berkeliaran diseluruh negara.Oleh itu pihak yang berkuasa perlu menyedarkan pengguna akan bahaya kerana kegiatan ini sumbangan merekalah pengedaran sukar untuk dilumpuhkan.Ringkasnya,penggunalah golongan yang bertanggungjawab bagi menghentikan kegiatan ini.

  Penulis,penerbit filem,pemizik dan seangkatan dengannya perlulah bertindak tegas keatas karya-karya yang dihasilkan.Sikap mereka yang memandang keuntungan sedikit sebanyak merancakkan kegiatan ini.Dengan kata lain,mereka perlu ada rasa tanggungjawab terhadap karya yang mereka hasilkan.Dengan adanya sikap dan indakan sedemikian,pada suatu ketika nanti kegiatan pengedaran CD,VCD,DVD pasti akan terkubur jua.


  Ketegasan,kesedaran serta rasa tanggungjewab adalah kunci untuk membanteras kegiatan ini.Oleh itu,tepuk dada Tanya selera,adakah anda seorang yang tegas,wujud rasa kesedaran dan tanggungjawab terhadap kegiatan ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan