Ahad, 27 April 2014

karangan mengenai lumba haram

Karangan mengenai lumba haram

  Lumba haram tidak sahaja melibatkan motosikal tetapi juga kereta yang berjenama.Walau apa jua kenderaan yang digunakan untuk berlumba,rasa keseronokan itu hanya untuk sementara kerana sudah tidak bermakna jika mendapat kecederaan.Kegiatan lumba haram sebenarnya terdedah kepada bahaya yang tidak bersempadan.

  Kematian dan kemalangan sudah sinonim dengan lumba haram.Bagaimanapun yang menghairahkan,mereka yang terlibat dengan terlibat lumba haram ini dilihat sengaja mendedahkan diri kepada bahaya semata-mata mahu mempertahankan ego.Ketika itu mereka terlupa bahawa nyawa mereka ibarat telur dihujung tanduk.Mana mungkin orang yang melakukan aktiviti yang berbahaya tidak akan berhadapan dengan sebarang risiko.Mungkin pada hari ini mereka bernasib baik tetapi adakah mereka mengetahui apakah yang bakal terjadi kepada mereka pada hari esok.

  Mereka yang terlibat dengan gejala yang tidak sihat ini;jika didapati bersalah sudah pasti lessen mereka akan digantung atau nama mereka akan disenaraihitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.Ini adalah satu kerugian yang besar kerana kita sudah diberikan kebenaran oleh pihak berkuasa untuk memandu kenderaan tetapi kita mensia-siakan kebenaran yang diberi dengan menyertai lumba haram yang sedikit pun tidak memberi apa-apa faedah atau sumbangan untuk masyarakat  dan Negara.Selain lessen digantung,pelumba haram terpaksa menghabiskan masa mereka di panjara.Mungkin mereka tidak terfikir yang suatu hari nanti mereka akan digelar banduan walau tidak pernah mengedar atau menagih dadah.Disebabkan pengelibatan dalam lumba haram,akhirnya penjara menjadi rumah kedua bagi mereka.

  Seperkara lagi yang sering terlepas pandang ialah tentangt maruah dan nama baik keluarga.Pernahkah kita terfikir tentang perasaan kedua-dua ibu bapa kita apabila melihat anaknya meninggal dunia atau dipenjarakan gara-gara berlumba haram?Sudah tentu masyarakat sekeliling akan mengatakan sesuatu yang kurang enak atau melemparkan tuduhan yang tidak berasas kepada kedua-dua ibu bapa kita akibat perbuatan yang tidak bermoral ini.Hati dan perasasan mereka pasti tergores dan maruah mereka tercalar kerana gagal mendidik anak sendiri sehingga terlibat dengan kancah yang tidak sihat.

  Oleh yang demikian,janganlah sekali-kali melibatkan diri dengan kegiatan lumba haram.Ini kerana seperkara yang tidak baik akan membawa faedah untuk diri sendiri mahupun kepada orang lain.   

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan