Ahad, 27 April 2014

karangan mengenai kepentingan hobi

Kepentingan Hobi

   Hobi lazimnya dikaitkan dengan aktiviti yang dilakukan pada masa senggang.Dengan demikian masa senggang kita dapat dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
  Terlalu banyak kepentingan hobi terhadap manusia dan salah satunya ialah hobi dapat menjadikan benteng kepada gejala social kerana tidak memaanfaatkan hobi yang ada dengan sebaik-sebaiknya.Sebaliknya dengan aktiviti yang tidak berfaedah yang akhirnya membawa kebinasaan.Ibu bapa seharusnya memupuk hobi tertentu kepada anak-anak ketika mereka masih kecil.Dengan secara tidak langsung apabila mencecah dewasa,mereka akan merasa ralat jika tidak melakukan hobi tersebut ketika masa terluang.

  Bagi sesetengah orang,hobi akan menjadi suatu perkara yang amat penting dan berguna.Melalui hobi tersebut,mereka mampu menambah pendapatan sampingan.Sebagai contoh orang yang meminati jahitan sulaman ketika menjelang musim perayaan,mereka boleh menambah pendapatan dengan mengambil upah untuk sulaman dan jika sulamannya unik,cantik serta berkualiti,pastinya orang tidak teragak-agak untuk membayar harga yang tinggi hanya kerana sulaman.Dan tidak juga mereka yang telah Berjaya dalam bidang perniagaan hari ini.Kesemuanya bermula dari hobi dan dari situ mereka mengubahnya menjadi lubuk pendapatan.

  Catur,sudoko dan teka silang kata adalah antara hobi yang bukan sahaja menyeonokkan tetapi juga boleh membantu meningkatkan kemahiran seseorang.Sudoku boleh membantu meningkatkan prestasi matapelajaran matematik dan teka silang kata boleh membantu memperkayakan tatabahasa khususnya untuk subjek bahasa.Kesemua kemahiran ini diperoleh daripada hobi sememangnya membawa faedah yang besar kepada setiap individu sekiranya kita tahu bagaimana hendak mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.


  Adalah suatu pembaziran jika masa yang berlalu terbuang begitu sahaja.Ini disebabkan masa yang berlalu tidak akan berulang lagi.Sebelum menjadi orang yang rugi,alangkah baiknya kita belajar manghargai masa melalui hobi.

7 ulasan: