Ahad, 27 April 2014

karangan masalah pengangkutan awam

Masalah pengangkutan awam

  Pengangkutan awam terutamanya bas merupakan salah satu perkhidmatan pengangkutan yang disediakan oleh salah sebuah kerajaan untuk rakyatnya bagi memudahkan pergerakan seharian.Sistem pengangkutan awam yang lengkap bukan sahaja melancarkan lalu lintas tetapi juga dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan.

  Pelbagai persoalan yang timbul,mengapa pengangkutan awam masih tidak dapat memuaskan hati pengguna.Antara perkara yang sering dirungut oleh pengguna ialah persekitaran yang tidak selesa.Sebagai contoh,pemandu bas yang sering terlepas pandang terhadap perkara ini.Keselesaan bukan sahaja meluputi keasdaan bas tetapi juga kaunter tiket,layanan penjual tiket,cara pemanduan dan lain-lain lagi.Perasaan selesa sebenarnya menjadi faktor bagi pengguna-pengguna pengangkutan awam.Apabila tiada perasaan selesa,tidak hairanlah ramai yang sanggup terperangkap dalam kesesakan dengan kenderaan sendiri.Pendek kata keselesaan perlu diletakkan sebagai komponen penting dalam industri pengangkutan.

  Selain itu,pengguna juga sering merungut tentang kenderaan bas yang bersesak-sesak seperti ‘sardin ’ terutamanya pada waktu puncak.Ini jelas bahawa sistem pengangkutan belum mencapai tahap yang membanggakan.Sesuatu yang perlu dilakukan oleh pihak pengendali bas ialah mereka haruslah melakukan suatu unjuran pertumbuhan terutamanya dari segi bilangan pengguna bagi mengatasi masalah seperti ini.

  Seterusnya,perkara yang tidak dititikberatkan oleh penggusaha bas ialah tentang kecekapan perkhidmatan pengangkutan.Kecekapan merangkumi hal seperti perkhidmatan yang pantas,laklumat dan tepat yang baik,pilihan laluan,kemudahan tempahan serta ketepatan waktu.Hal ini sering menjadi rujukan dan jaminan kepada pengguna untuk terus menggunakan perkhidmatan awam.Kegagalan serta kepincangan pengendali bas untuk mengambil tahu akan hal ini akan mengakibatkan pengendali bas menjadi tawar hati dan tidak mustahil mereka akan menggunakannya unuk masa hadapan.


  Sebenarnya pengguna tidak mengharapkan yang terbaik daripada pihak pengurusan pengangkutan awam kerana mereka mengetahui tiada apa yang sempurna dalam segala urusan.Apa yang mereka mahukan ialah keprihatinan pihak terbabit untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan