Ahad, 27 April 2014

karangan persediaan wanita kesektor pekerjaan

                             Persediaan wanita ke sektor pekerjaan

  Wanita yang berkerjaya tidak dinafikan terpaksa menempuh pelbagai dugaan untuk pembangunan diri dan kerjaya mereka.Sebelum menempuh alam pekerjaan,wanita itu perlu bersedia bukan sahaja pada sijil akedemik yang diperolehi,tetapi juga aspek-aspek yang lain.

  Mempunyai keinginan,keazaman dan iltizam untuk menjadi insan yang berilmu serta berkhidmat dan berjaya dalam kehidupan adalah persediaan awal yang mesti dilakukan oleh seseorang wanita.Sikap ini perlu ditunaskan kerana boleh menjadi pencetus dan penggerak setiap amalan yang mahu dilaksanakan.Wanita bermatlamat juga perlu mempunyai matlamat yang jelas.Matlumat yang jituh mampu mencambah idea yang lebih kreatif serta pada masa yang sama dapat memberi sumbangan yang lebih inovatif bagi menghasilkan kerja-kerja yang lebih produktif.

  Mempunyai visi dan misi yang kukuh juga diperlukan sebagai sebahagiaan sebelum melangkah ke gerbang pekerjaan.Visi dan misi boleh diterjemahkan melalui contoh dan tauladan yang baik,berkongsi ilmu dan sebagainya.Wanita berkerja dan terlibat dalam jenayah kolar putih,rasuah,pecah amanah dan sebagainya adalah contoh-contoh wanita yang tidak mempunyai visi dan misi yang teguh dalam kerjaya mereka.Mereka hanya nampak bagaimana hendak mengumpul kekayaan melalui pekerjaan yang mereka lakukan tetapi usaha yang dilakukan hanyalah sedikit.

  Namun begitu,persediaan yang paling penting ialah ilmu pengetahuan.Dalam konteks wanita sebagai pekerja,mereka seharusnya melengkapkan diri dengan ilmu dunia dan agama.Tanpa ilmu,mereka bukan sahaja tidak mampu mencapai matlamat yang diingini malahan tidak mampu untuk memaksimumkam peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pekerja,ibu dan isteri apabila mereka berumah tangga kelak.


  Oleh yang demikian,untuk menjadi seorang pekerja yang berjaya,lengkapkan diri dengan peribadi yang mulia,ilmu pengetahuan serta prinsip hidup yang kukuh agar dapat bersiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum adam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan