Punca
kanak-kanak didera
Satu ketika dahulu Negara kita pernah
digemparkan dengan penderaan dua adik beradik oleh kedua-dua ibu bapa
mereka.Meskipun kisah penderaan mereka semakin dilupakan,namun masih banyak
lagi berita yang tidak diketahui umum tentang penderaan kanak-kanak.
Ramai pakar kanak-kanak mengatakan punca
utama kanak-kanak didera adalah kerana sifat dan sikap mereka.Kita memeang
tidak emnafikan ada sesetengah kanak-kanak itu terlalu hiperaktifmsehingga ibu
bapa mereka tidak mampu untuk mengawalnya.Jalan terbaik untuk mengawasi
pergerakan mereka,ialah dengan cara merotan atau memukul tetapi itu bukanlah
satu tindakan yang bijak.Dalam keadaan marah,kita tidak dapat mengawal perasaan
marah dan daripada cubitan ia berakhir dengan kecederaan.
Kanak-kanak ialah insan yang baik dari segi
fizikal mahupun mental.Oleh sebab kekecilan mereka inilah mereka senang dibuli
dan dicederakan oleh orang yang lebih dewasa.mereka tidak mampu melawan
kekuatan fizikal orang dewasa dan hanya mampu menjerit atupun menangis apabila
dipukul.Selain itu,desakan daripada orang dewasa agar tidak membuka mulut
terhadap apa jua yang terjadi terhadap mereka juga menjadi penyebab mereka
didera.Lihat sahaja kes penderaan seks yang terjadi keatas kanak-kanak.Mereka
diugut agar tidak membuka sebarang rahsia sehinggalah berlaku sesuatu terhadap
diri mereka sehingga disedari orang lain.
Tekanan dan persekitaran juga menjadi
penyumbang kepada penderaan kanak-kanak.Setiap ibu bapoa atau penjaga pasti
akan berhadapan dengan masalah dan tempiasnya pasti akan terkena pada
anak-anak.Bagi mereka yang gagal mengawal emosi,untuk mengurangkan tekanan
anak-anak menjadi tempat untuk mereka melepaskan segalanya.Kadangkala,perkara
yang kecil boleh menjadi perkara yang besar dan akan bermula keganasan apabila
mereka tidak mampu lagi mengawal emosi.Akhirnya anak pula yang menjadi mangsa
korban.
Melakukan penderaan terhadap kanak-kanak
bukanlah jalan penyelesaian.Kanak-kanak lahir untuk disayangi bukan untuk
didera
Tiada ulasan:
Catat Ulasan