KVKS Zarul Azmi
Selasa, 24 Februari 2015
Mengenai Laman web tubidy
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Pada hari ini saia ingin membentangkan mengenai sebuah laman web yang diberi nama "tubidy"
Tubidy ini merupakan sebuah laman web yang dibina untuk kegunaan umum.Tubidy ini digunakan oleh pengguna untuk download lagu dalam bentuk video atau audio.
Nama :
Tubidy
Alamat :
http://tubidy.mobi/
Register :
Jika ingin download video tidak perlu register tetapi jika kita igin upload video kita perlulah register.
*Jika kita belum mendaftar kita perlulah sign up.
Cara register :
Bagi yang sudah sign up
*Klik pada button login pada bahagian header.Isi ruangan Log in dengan mengisi username dan password pada ruangan yang disediakan.
Bagi yang belum sign up
*Klik pada button login pada bahagian header.Isi ruangan Sign Up dengan mengisi username, password, gender, age, dan validation code.
Kelebihan laman web tubidy.
1. Langkah download yang mudah (tidak merumitkan pengguna)
2.Susunan yang teratur.
3.Saiz coading yang rendah membolehkan pengguna mudah untuk mengakses laman web tersebut.
Kekurangan laman web tubidy.
1.Tidak diselenggara dengan baik.
2.Stop update (pemberhentian update)
Selasa, 6 Mei 2014
Ahad, 27 April 2014
penderaan kanak-kanak
Punca
kanak-kanak didera
Satu ketika dahulu Negara kita pernah
digemparkan dengan penderaan dua adik beradik oleh kedua-dua ibu bapa
mereka.Meskipun kisah penderaan mereka semakin dilupakan,namun masih banyak
lagi berita yang tidak diketahui umum tentang penderaan kanak-kanak.
Ramai pakar kanak-kanak mengatakan punca
utama kanak-kanak didera adalah kerana sifat dan sikap mereka.Kita memeang
tidak emnafikan ada sesetengah kanak-kanak itu terlalu hiperaktifmsehingga ibu
bapa mereka tidak mampu untuk mengawalnya.Jalan terbaik untuk mengawasi
pergerakan mereka,ialah dengan cara merotan atau memukul tetapi itu bukanlah
satu tindakan yang bijak.Dalam keadaan marah,kita tidak dapat mengawal perasaan
marah dan daripada cubitan ia berakhir dengan kecederaan.
Kanak-kanak ialah insan yang baik dari segi
fizikal mahupun mental.Oleh sebab kekecilan mereka inilah mereka senang dibuli
dan dicederakan oleh orang yang lebih dewasa.mereka tidak mampu melawan
kekuatan fizikal orang dewasa dan hanya mampu menjerit atupun menangis apabila
dipukul.Selain itu,desakan daripada orang dewasa agar tidak membuka mulut
terhadap apa jua yang terjadi terhadap mereka juga menjadi penyebab mereka
didera.Lihat sahaja kes penderaan seks yang terjadi keatas kanak-kanak.Mereka
diugut agar tidak membuka sebarang rahsia sehinggalah berlaku sesuatu terhadap
diri mereka sehingga disedari orang lain.
Tekanan dan persekitaran juga menjadi
penyumbang kepada penderaan kanak-kanak.Setiap ibu bapoa atau penjaga pasti
akan berhadapan dengan masalah dan tempiasnya pasti akan terkena pada
anak-anak.Bagi mereka yang gagal mengawal emosi,untuk mengurangkan tekanan
anak-anak menjadi tempat untuk mereka melepaskan segalanya.Kadangkala,perkara
yang kecil boleh menjadi perkara yang besar dan akan bermula keganasan apabila
mereka tidak mampu lagi mengawal emosi.Akhirnya anak pula yang menjadi mangsa
korban.
Melakukan penderaan terhadap kanak-kanak
bukanlah jalan penyelesaian.Kanak-kanak lahir untuk disayangi bukan untuk
didera
karangan persediaan wanita kesektor pekerjaan
Persediaan wanita ke sektor pekerjaan
Wanita yang berkerjaya tidak dinafikan
terpaksa menempuh pelbagai dugaan untuk pembangunan diri dan kerjaya
mereka.Sebelum menempuh alam pekerjaan,wanita itu perlu bersedia bukan sahaja
pada sijil akedemik yang diperolehi,tetapi juga aspek-aspek yang lain.
Mempunyai keinginan,keazaman dan iltizam
untuk menjadi insan yang berilmu serta berkhidmat dan berjaya dalam kehidupan
adalah persediaan awal yang mesti dilakukan oleh seseorang wanita.Sikap ini
perlu ditunaskan kerana boleh menjadi pencetus dan penggerak setiap amalan yang
mahu dilaksanakan.Wanita bermatlamat juga perlu mempunyai matlamat yang
jelas.Matlumat yang jituh mampu mencambah idea yang lebih kreatif serta pada
masa yang sama dapat memberi sumbangan yang lebih inovatif bagi menghasilkan
kerja-kerja yang lebih produktif.
Mempunyai visi dan misi yang kukuh juga
diperlukan sebagai sebahagiaan sebelum melangkah ke gerbang pekerjaan.Visi dan
misi boleh diterjemahkan melalui contoh dan tauladan yang baik,berkongsi ilmu
dan sebagainya.Wanita berkerja dan terlibat dalam jenayah kolar
putih,rasuah,pecah amanah dan sebagainya adalah contoh-contoh wanita yang tidak
mempunyai visi dan misi yang teguh dalam kerjaya mereka.Mereka hanya nampak
bagaimana hendak mengumpul kekayaan melalui pekerjaan yang mereka lakukan
tetapi usaha yang dilakukan hanyalah sedikit.
Namun begitu,persediaan yang paling penting
ialah ilmu pengetahuan.Dalam konteks wanita sebagai pekerja,mereka seharusnya
melengkapkan diri dengan ilmu dunia dan agama.Tanpa ilmu,mereka bukan sahaja
tidak mampu mencapai matlamat yang diingini malahan tidak mampu untuk
memaksimumkam peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pekerja,ibu dan isteri
apabila mereka berumah tangga kelak.
Oleh yang demikian,untuk menjadi seorang
pekerja yang berjaya,lengkapkan diri dengan peribadi yang mulia,ilmu
pengetahuan serta prinsip hidup yang kukuh agar dapat bersiri sama tinggi dan
duduk sama rendah dengan kaum adam.
karangan masalah pengangkutan awam
Masalah
pengangkutan awam
Pengangkutan awam terutamanya bas merupakan
salah satu perkhidmatan pengangkutan yang disediakan oleh salah sebuah kerajaan
untuk rakyatnya bagi memudahkan pergerakan seharian.Sistem pengangkutan awam
yang lengkap bukan sahaja melancarkan lalu lintas tetapi juga dapat membantu
mengurangkan kadar kemalangan.
Pelbagai persoalan yang timbul,mengapa
pengangkutan awam masih tidak dapat memuaskan hati pengguna.Antara perkara yang
sering dirungut oleh pengguna ialah persekitaran yang tidak selesa.Sebagai
contoh,pemandu bas yang sering terlepas pandang terhadap perkara ini.Keselesaan
bukan sahaja meluputi keasdaan bas tetapi juga kaunter tiket,layanan penjual
tiket,cara pemanduan dan lain-lain lagi.Perasaan selesa sebenarnya menjadi faktor
bagi pengguna-pengguna pengangkutan awam.Apabila tiada perasaan selesa,tidak
hairanlah ramai yang sanggup terperangkap dalam kesesakan dengan kenderaan
sendiri.Pendek kata keselesaan perlu diletakkan sebagai komponen penting dalam
industri pengangkutan.
Selain itu,pengguna juga sering merungut
tentang kenderaan bas yang bersesak-sesak seperti ‘sardin ’ terutamanya pada
waktu puncak.Ini jelas bahawa sistem pengangkutan belum mencapai tahap yang
membanggakan.Sesuatu yang perlu dilakukan oleh pihak pengendali bas ialah
mereka haruslah melakukan suatu unjuran pertumbuhan terutamanya dari segi
bilangan pengguna bagi mengatasi masalah seperti ini.
Seterusnya,perkara yang tidak dititikberatkan
oleh penggusaha bas ialah tentang kecekapan perkhidmatan pengangkutan.Kecekapan
merangkumi hal seperti perkhidmatan yang pantas,laklumat dan tepat yang
baik,pilihan laluan,kemudahan tempahan serta ketepatan waktu.Hal ini sering
menjadi rujukan dan jaminan kepada pengguna untuk terus menggunakan
perkhidmatan awam.Kegagalan serta kepincangan pengendali bas untuk mengambil
tahu akan hal ini akan mengakibatkan pengendali bas menjadi tawar hati dan
tidak mustahil mereka akan menggunakannya unuk masa hadapan.
Sebenarnya pengguna tidak mengharapkan yang
terbaik daripada pihak pengurusan pengangkutan awam kerana mereka mengetahui
tiada apa yang sempurna dalam segala urusan.Apa yang mereka mahukan ialah
keprihatinan pihak terbabit untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
karangan mengenai kepentingan hobi
Kepentingan Hobi
Hobi lazimnya dikaitkan dengan aktiviti yang dilakukan pada masa
senggang.Dengan demikian masa senggang kita dapat dipenuhi dengan
aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
Terlalu banyak kepentingan hobi terhadap manusia dan salah satunya ialah
hobi dapat menjadikan benteng kepada gejala social kerana tidak memaanfaatkan
hobi yang ada dengan sebaik-sebaiknya.Sebaliknya dengan aktiviti yang tidak
berfaedah yang akhirnya membawa kebinasaan.Ibu bapa seharusnya memupuk hobi
tertentu kepada anak-anak ketika mereka masih kecil.Dengan secara tidak
langsung apabila mencecah dewasa,mereka akan merasa ralat jika tidak melakukan
hobi tersebut ketika masa terluang.
Bagi sesetengah orang,hobi akan menjadi suatu perkara yang amat penting
dan berguna.Melalui hobi tersebut,mereka mampu menambah pendapatan
sampingan.Sebagai contoh orang yang meminati jahitan sulaman ketika menjelang
musim perayaan,mereka boleh menambah pendapatan dengan mengambil upah untuk
sulaman dan jika sulamannya unik,cantik serta berkualiti,pastinya orang tidak
teragak-agak untuk membayar harga yang tinggi hanya kerana sulaman.Dan tidak
juga mereka yang telah Berjaya dalam bidang perniagaan hari ini.Kesemuanya
bermula dari hobi dan dari situ mereka mengubahnya menjadi lubuk pendapatan.
Catur,sudoko dan teka silang kata adalah antara hobi yang bukan sahaja
menyeonokkan tetapi juga boleh membantu meningkatkan kemahiran seseorang.Sudoku
boleh membantu meningkatkan prestasi matapelajaran matematik dan teka silang
kata boleh membantu memperkayakan tatabahasa khususnya untuk subjek
bahasa.Kesemua kemahiran ini diperoleh daripada hobi sememangnya membawa faedah
yang besar kepada setiap individu sekiranya kita tahu bagaimana hendak
mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Adalah suatu pembaziran jika masa yang berlalu terbuang begitu sahaja.Ini
disebabkan masa yang berlalu tidak akan berulang lagi.Sebelum menjadi orang
yang rugi,alangkah baiknya kita belajar manghargai masa melalui hobi.
karangan mengenai lumba haram
Karangan
mengenai lumba haram
Lumba haram tidak sahaja melibatkan motosikal
tetapi juga kereta yang berjenama.Walau apa jua kenderaan yang digunakan untuk
berlumba,rasa keseronokan itu hanya untuk sementara kerana sudah tidak bermakna
jika mendapat kecederaan.Kegiatan lumba haram sebenarnya terdedah kepada bahaya
yang tidak bersempadan.
Kematian dan kemalangan sudah sinonim dengan
lumba haram.Bagaimanapun yang menghairahkan,mereka yang terlibat dengan
terlibat lumba haram ini dilihat sengaja mendedahkan diri kepada bahaya
semata-mata mahu mempertahankan ego.Ketika itu mereka terlupa bahawa nyawa
mereka ibarat telur dihujung tanduk.Mana mungkin orang yang melakukan aktiviti
yang berbahaya tidak akan berhadapan dengan sebarang risiko.Mungkin pada hari
ini mereka bernasib baik tetapi adakah mereka mengetahui apakah yang bakal
terjadi kepada mereka pada hari esok.
Mereka yang terlibat dengan gejala yang tidak
sihat ini;jika didapati bersalah sudah pasti lessen mereka akan digantung atau
nama mereka akan disenaraihitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.Ini adalah
satu kerugian yang besar kerana kita sudah diberikan kebenaran oleh pihak
berkuasa untuk memandu kenderaan tetapi kita mensia-siakan kebenaran yang
diberi dengan menyertai lumba haram yang sedikit pun tidak memberi apa-apa
faedah atau sumbangan untuk masyarakat
dan Negara.Selain lessen digantung,pelumba haram terpaksa menghabiskan
masa mereka di panjara.Mungkin mereka tidak terfikir yang suatu hari nanti mereka
akan digelar banduan walau tidak pernah mengedar atau menagih dadah.Disebabkan
pengelibatan dalam lumba haram,akhirnya penjara menjadi rumah kedua bagi
mereka.
Seperkara lagi yang sering terlepas pandang
ialah tentangt maruah dan nama baik keluarga.Pernahkah kita terfikir tentang
perasaan kedua-dua ibu bapa kita apabila melihat anaknya meninggal dunia atau
dipenjarakan gara-gara berlumba haram?Sudah tentu masyarakat sekeliling akan
mengatakan sesuatu yang kurang enak atau melemparkan tuduhan yang tidak berasas
kepada kedua-dua ibu bapa kita akibat perbuatan yang tidak bermoral ini.Hati
dan perasasan mereka pasti tergores dan maruah mereka tercalar kerana gagal
mendidik anak sendiri sehingga terlibat dengan kancah yang tidak sihat.
Oleh yang demikian,janganlah sekali-kali
melibatkan diri dengan kegiatan lumba haram.Ini kerana seperkara yang tidak
baik akan membawa faedah untuk diri sendiri mahupun kepada orang lain.
Langgan:
Catatan (Atom)